2 Oktober 2016 - 13:33
Iran Tangkap Pengganas Di Bahagian Timur dan Barat Sempadannya: Ketua Polis

Pasukan keselamatan dan perisikan Iran telah berjaya menangkap beberapa orang pengganas daripada kumpulan yang berbeza di wliayah perbatasannya di timur dan barat negara itu, menurut ketua polis republik tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan keselamatan dan perisikan Iran telah berjaya menangkap beberapa orang pengganas daripada kumpulan yang berbeza di wliayah perbatasannya di timur dan barat negara itu, menurut ketua polis republik tersebut.

"Para pengganas terlebih dahulu telah dikenal pasti sebelum ditangkap dan akhirnya diserahkan ke badan kehakiman untuk tindakan lanjut," lapor Brigadier Jeneral, Hossein Ashtari kepada pemberita.

Beliau menambah bahawa Iran sedang giat meningkatkan tahap sekuritinya di sempadan dengan membekalkan peralatan yang diperlukan kepada pihak berkuasa di dalam rangka memerangi pengganas.

Ashtari juga menambah dengan mengatakan bahawa pihak berkuasa negara itu sebelumnya telah mengagalkan berberapa plot pengganas Takfiri dan Salafi yang memusuhi republik itu. Para pengganas dilaporkan berkali-kali cuba untuk menyeludup masuk ke negara Iran untuk mewujudkan kekacauan di dalam negara tersebut.

"Memandangkan pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara berdekatan dan ketidakstabilan yang wujud di beberapa kawasan sempadan, tanggungjawab kami untuk melindungi sempadan negara telah meningkat," kata ketua polis itu.

Pihak berkuasa Iran baru-baru ini telah bertempur dengan beberapa kumpulan pengganas di sempadan negara sekaligus menggagalkan rancangan mereka untuk mewujudkan ketidakstabilan di negara itu. Pihak berkuasa tersebut juga dilaporkan berjaya merampas sejumlah bahan letupan dan juga peralatan yang diperlukan untuk membuat bom di dalam pertempuran-pertempuran tersebut.

Pihak keselamatan Iran juga telah menahan beberapa anggota kumpulan pengganas yang berpusat di Iraq. Mereka yang ditangkap terdiri daripada dua orang pengganas dan dua orang rakan subahat mereka. Tangkapan itu dibuat berdekatan dengan sebuah desa yang terletak berhampiran dengan bandar Marivan. Bandar itu pada gilirannya terletak di wilayah Kurdistan. Peristiwa itu dilaporkan berlaku pada 16 dan 18 September.

Pihak berkuasa Iran juga berjaya menemui beberapa buah senjata dan ammunisi di kawasan persembunyian pengganas tersebut.

Di dalam perkembangan yang berbeza, Pengawal Revolusi Iran juga dilaporkan telah berjaya menahan 2 orang pengganas berwarganegara Pakistan di wilayah Sistan Baluchistan yang terletak di bahagian tenggara negara itu pada 20 september lepas.

Pengawal Revolusi juga telah berjaya menghancurkan sebuah kumpulan pengganas yang didukung oleh Arab Saudi dan A.S pada awal September di wilayah yang sama.

Pada bulan Ogos yang lepas, Kementerian Perisikan Iran juga melaporkan bahawa mereka telah mengenal pasti seramai 102 individu sebagai ahli ataupun pendukung sebuah kumpulan pengganas di Kurdistan.